Penampilan pasukan memainkan peranan besar dalam membina kepercayaan dan imej sesebuah syarikat. Baju korporat yang kemas, selesa dan seragam bukan sahaja mencerminkan profesionalisme, malah meningkatkan keyakinan mereka yang memakainya.
Di Creeper Creative, kami menyediakan perkhidmatan tempahan baju korporat custom-made yang direka khas mengikut keperluan syarikat anda. Setiap rekaan dihasilkan dengan fokus kepada potongan yang kemas, warna yang seimbang serta material berkualiti supaya sesuai untuk pemakaian harian, mesyuarat, acara rasmi atau pameran.
Kami memahami bahawa setiap organisasi mempunyai identiti tersendiri. Sebab itu, pelanggan bebas memilih design moden dan profesional, pelbagai pilihan warna serta fabrik yang selesa dan tahan lama. Sama ada untuk pasukan lelaki atau wanita bertudung, setiap potongan direka supaya nampak kemas dan profesional dari setiap sudut.
Dengan minimum tempahan 20 helai, Creeper Creative komited untuk membantu syarikat anda tampil lebih tersusun dan berimej korporat. Dari peringkat perbincangan idea, pemilihan design hingga ke hasil akhir, semuanya diurus dengan teliti oleh pasukan kami.
Jika anda sedang mencari baju korporat yang bukan sekadar cantik dipandang tetapi juga praktikal untuk dipakai, Creeper Creative sedia membantu.
📞 Hubungi kami hari ini atau kunjungi showroom kami di Damansara Damai untuk berbincang dengan lebih lanjut.














